Apa itu komputer ?
Anda boleh lihat komputer di
mana-mana sama ada di sekolah, di pejabat atau di rumah. Komputer juga
digunakan untuk mengawal sesuatu peralatan seperti permainan kawalan jauh,
mesin basuh, kereta ketuhar gelombang mikro dan mesin autoteler (ATM). Ia ada
di mana- mana!
Pada hari ini kita boleh melihat kenderaan yang berbagai
jenis seperti kereta, kenderaan pelbagai guna, bas, lori dan sebagainya. Begitu
juga dengan komputer. Komputer terdiri dari berbagai jenis. Ianya digunakan
untuk berbagai tujuan dan berbeza dari segi saiz, harga dan keupayaan.
Komputer adalah alat elektronik yang dapat menerima
data, memproses
data, menyimpan data dan menghasilkan output.
No comments:
Post a Comment